Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih, SK Pasir Putih, SK Tanjung Puteri Resort, SMK Tanjung Puteri Resort, SK Kota Masai 2, SMK Kota Masai 2, SK Kota Masai 3, SMK Kota Masai, SK Kota Masai, SK Perigi Acheh, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, jawatankuasa kerja itu yang bermesyuarat pada hari ini diaktifkan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Menurutnya, tujuan pengaktifan jawatankuasa berkenaan adalah untuk menyelaras dan memantau kejadian pencemaran toksik yang berlaku.

“Selain itu, mesyuarat juga bersetuju melantik kontraktor yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi melaksanakan kerja pembersihan di Sungai Kim Kim sepanjang 1.5 kilometer yang akan di selaraskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran serta JAS negeri.

“Ia adalah lanjutan daripada kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan pada 7 dan 8 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, orang awam dinasihati supaya tidak memasuki kawasan di lokasi tempat kerja-kerja pembersihan yang akan dilaksanakan. - UTUSAN ONLINE