Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.47 malam tadi mengenai pencemaran bau seperti bahan kimia di kawasan tersebut.

“Bertindak daripada maklumat itu, pihak kami mengesan satu tempat yang mana terdapat saluran paip dari kilang yang membuang terus cecair berkenaan ke dalam parit.

“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam yang berada ditempat kejadian mengesahkan cecair tersebut adalah ammonia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE