Pertandingan siri ke-7 yang menerokai keindahan negeri Perak itu melibatkan 160 wakil media dari 24 agensi media.

Ketua Pegawai Eksekutif BHB, Khairul Kamarudin berkata, pertandingan yang bertemakan Pandu untuk Pemuliharaan itu akan menjejak beberapa tempat menarik di negeri Perak di samping memberi peluang kepada wakil media mengambil bahagian dalam aktiviti melibatkan hasil tempatan, khusus dari negeri Perak.

“Pencarian Harta Karun bersama media ini merupakan satu wadah penting untuk kami zahirkan rasa terima kasih kepada semua agensi-agensi media tempatan yang telah memberi sokongan yang berterusan serta memberi liputan yang luas kepada kami dan ahli kumpulan kami iaitu Bank Islam Malaysia Bhd., Syarikat Takaful Malaysia Bhd. dan BIMB

Securities Sdn. Bhd.,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khairul berkata, selain itu mereka juga berhasrat untuk mencipta nilai melalui mempromosikan hasil tempatan negeri Perak agar ia dapat meningkatkan status ekonomi pengusaha hasil tempatan ini yang secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan dan penciptaan nilai industri kecil dan sederhana negeri tersebut.

Pencarian Harta Karun Media BHB-BERNAMA ini, katanya, akan berlepas dari cawangan Bank Islam di Sungai Buloh dan tamat di sebuah hotel terkemuka di Ipoh, Perak. - UTUSAN ONLINE