Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas mengambil bahagian dalam working dinner berkaitan keganasan dan pelarian sempena Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini bagi menghapuskan rasa sangsi Kuala Lumpur dalam menerima keha­diran mereka yang bukan radikal sekali gus membendung ancaman kumpulan militan.

“Mungkin langkah pertama ialah mengambil mereka (pelarian) yang sudah pun berada atau sedang be­kerja di Malaysia tetapi saudara mara berada di luar negara,” kata beliau.

Perdana Menteri ditanya kebimbangan yang dibangkitkan pihak tertentu selepas insiden berdarah di Paris Jumaat lalu, bahawa kemungkinan kumpulan militan Negara Islam (IS) menghantar anggota mereka menyusup masuk dalam kalangan ribuan pelarian yang sedang membanjiri beberapa negara Eropah ketika ini.

Penerimaan 3,000 pelarian Syria dipersetujui Malaysia semasa Najib berucap pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, 1 Oktober lalu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata baru-baru ini, pelarian Syria yang dibawa ke Malaysia akan diberi penempatan, pendidikan dan peluang pekerjaan sementara. – UTUSAN