Wan Saiful Wan Jan

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan menjelaskan, peminjam­ boleh mengemaskini mak­­­lumat peribadi ser­ta pendapatan bulanan di laman sesawang www.ptptn.gov.my bermula hari ini dan sekiranya layak, mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan bakal mendapat penang­gu­han­­ bayaran.

“Kami memerlukan maklumat tersebut untuk dikumpulkan sebagai data dan akan menjalankan kajian mengenai peminjam yang benar-benar layak mendapatkan penangguhan.

“Namun, tarikh penangguhan itu dikuatkuasakan masih dalam proses perbincangan dan akan di­umumkan kelak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff.

Jelas Wan Saiful, mana-mana peminjam yang berkelayakan mendapatkan penangguhan, namun tidak mengemaskini data dalam masa yang ditetapkan dianggap tidak berminat untuk mendapatkan penangguhan.

“Walaupun menepati ciri-ciri yang layak untuk mendapatkan penangguhan iaitu bergaji di bawah RM4,000 sebulan, peminjam tetap perlu meneruskan bayaran seper­ti biasa sehingga menerima surat maklumat penangguhan. ­

“Ingat, mereka perlu mengemaskini data ke­rana kita tidak memiliki hubungan bersistem de­ngan agensi atau perbadanan yang lain bagi membolehkan PTPTN me­ng­gunakan maklumat sedia ada daripada mereka,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Wan Saiful menafikan pelantikannya sebagai Pengerusi PTPTN telah me­langgar manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“PTPTN merupakan badan ber­kanun sedangkan dalam manifesto itu lantikan politik hanya tidak dibenarkan untuk syarikat milik kerajaan (GLC).