Malah, mereka bersedia membeli akhbar Utusan Malaysia semata-mata untuk mengikuti siri komik tersebut yang disiarkan dari Isnin hingga Jumaat.

Orang ramai turut memberi maklum balas yang amat memberangsangkan terhadap Pute­ri Pontianak melalui ruangan komen dalam laman Facebook Ben Wong.

Menurut Azli Ayob, dia akan membeli Utusan Malaysia setiap hari semata-mata untuk menatap karya yang dihasilkan Ben Wong.

Malah, Hakim Rani mengeluh apabila mendapati Utusan Malaysia habis dijual di sebuah kedai yang dikunjunginya.

“Di kedai dah habis, perlu cari di tempat lain,” katanya.

Beberapa peminat Ben Wong termasuk Wan D. Ngaji, Ariena Niwa dan Lanz Linked mencadangkan supaya kompilasi Puteri Pontianak dibukukan pada masa akan datang.

Ben Wong merupakan nama popular dalam dunia komik tempatan dan pernah memenangi Anugerah Manga Antarabangsa di Jepun pada 2007.

Antara komik yang pernah dihasilkan Ben Wong adalah Aku, Kau & Cinta, Cinta K-Pop, Aku, Kau & Ibu, Kasih Pertama dan Reda: Doa Untuk Ibu.