Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan itu akan menggunakan sembilan buah pesawat jenis Kai-T50B dalam pertunjukannya.

Menurutnya, selain itu, pasukan aerobatik dari Rusia, Russian Knights dan pasukan aerobatik Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU), Jupiter turut membuat penampilan bersama pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Banyak syarikat tempatan dan luar negara dalam bidang aeroangkasa dan pertahanan hadir. Pada penganjuran kali ini, sebanyak 555 pempamer dari 36 negara terlibat.

“Di samping itu, keluasan tapak pameran juga ditambah kepada 15,000 meter persegi ekoran pertambahan pempamer untuk keselesaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

LIMA ‘17 yang bermula esok sehingga 25 Mac ini diadakan secara dwitahunan sejak 1991.

Selain aeroangkasa, penga­njuran LIMA ‘17 turut melibatkan segmen maritim membabitkan kapal tentera laut daripada pelbagai agensi dalam dan luar negara.