Beliau berkata, cadangan tersebut bertujuan memastikan rakyat lebih bertanggungjawab dalam menjaga pasport mereka dan perkara itu dite­rima baik oleh pihak kerajaan khususnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri.

“Kita melaksanakan pe­nalti itu dalam masa terdekat pada tahun ini dan prosedurnya akan diumumkan apabila ia diputuskan kelak.

“Pemilik yang hilang pasport kali pertama dicadang dikenakan denda RM200 manakala hilang kali ke­dua den­da RM500 dan bagi kehila­ngan kali ketiga dan se­terusnya dikenakan denda RM1,000,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mustafar semalam dilaporkan berkata, Jabatan Imigre­sen bercadang mengenakan penalti sehingga RM1,000 bagi penggantian pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian pemilik yang mencatatkan 31,287 kes pada enam bulan pertama tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan mengenakan pe­nalti terhadap pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan, sama seperti bayaran dikenakan bagi permohonan penggantian kad pengenalan diri, MyKad yang hilang.

Mengulas lanjut tentang cadangan tersebut, Mustafar berkata, sekiranya kehilangan pasport adalah akibat kecurian, kebakaran atau bencana ter­tentu, pemilik diminta membuat laporan polis dan kes tersebut akan disiasat.

Dalam pada itu, mengulas kejayaan Malaysia meningkatkan kedudukan taraf dalam Laporan Pemerdaga­ngan Orang 2017 ke Tahap 2, beliau berkata, pencapaian itu adalah cerminan komitmen kerajaan dalam mena­ngani isu berkenaan.