Perdana Menteri berkata, perkara itu memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Kita tiada jumlah dua pertiga di Dewan Rakyat bagi memastikan pindaan itu diluluskan. Jadi, perkara ini ditangguhkan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, dasar penglibatan politik dalam kalangan penjawat awam ditambah baik agar tidak timbul kesukaran untuk melaksanakan tugas rasmi secara adil dan saksama.

Kata beliau, pemerintahan kerajaan terdahulu menyaksikan ramai pegawai kerajaan terlibat dalam politik termasuk bertindak berkempen dan memakai baju parti politik.

"Ini menjejaskan ketelusan pentadbiran negara kerana pegawai ini sudah tentu terlibat dengan parti terlibat dan mereka akan ambil tindakan yang berat sebelah berkenaan apa yang diputuskan oleh mereka.

"Kita tidak dapat menentukan apakah ada pegawai yang dibenarkan terlibat dalam politik. Sudah tentu pegawai ini dilantik untuk menteri berkenaan mereka tentulah terlibat politik kerana mereka membantu politik membuat perhubungan dengan orang ramai.

"Pegawai lain ada dibenarkan terlibat politik seperti pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kerana keadaan ini belum dapat dihalusi dan ditentukan. Jadi tiada keputusan hari ni," katanya. - UTUSAN ONLINE