Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peminat Star Wars mula berkampung

Lukisan seni grafiti Star Wars yang amat kreatif ini dihasilkan 2
Lukisan seni grafiti Star Wars yang amat kreatif ini dihasilkan oleh sekumpulan remaja dikenali sebagai Distric dengan lakaran watak-watak utama dalam filem Star Wars di Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. BERNAMA

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Walaupun tayangan filem Star Wars akan bermula esok, sebahagian daripada peminat tegar siri filem itu sudah mula berkampung di pawagam semata-mata mahu menjadi yang pertama menyaksikan filem fiksyen itu.

Antaranya termasuklah 200 orang ahli Star Wars Malaysia Fan Club (SWMFC) yang sudah berkumpul di pawagan TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.

Pelbagai aktiviti dilakukan oleh kelab tersebut sementara menanti tayangan Star Wars: The Force Awakens termasuklah menonton semula enam siri terdahulu filem itu.

Selain itu, mereka turut membuat persembahan dengan memakai kostum karakter filem tersebut pada majlis SWMFC Machete Screening and Premiere itu.

Pengarah projek, Sanjiv Indran berkata, majlis itu sudah dirancang sejak awal tahun lagi walaupun tarikh tayangan rasmi filem itu belum diketahui.

“Selama 10 tahun kami menantikan episod terbaharu filem ini dan tentunya kami sangat teruja untuk menyaksikan filem tersebut.

“Malah, sebagai peminat setia, sudah pasti kami mahu menjadi terawal menonton filem tersebut,” katanya di sini hari ini.

Filem Star Wars kali ini adalah antara filem yang dinantikan oleh peminat sejak awal tahun lagi.

Diarahkan oleh J.J Abrams, filem itu turut dibintangi oleh Harrison Ford dan Cerrie Fisher. Siri terakhir filem itu yang berjudul Star Wars Episode: Revenge of the Sith yang ditayangkan pada tahun 2005 berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.727 billion.

Salah seorang peminat siri filem itu, Nornadiana Dzulkarnain, 26, berkata, dia belum lagi melihat treler filem tersebut, sebaliknya mahu melihat terus filem itu.

“Saya menantikan filem ini dan mahu melihat perkembangan watak lain. Selain itu, saya juga teruja untuk melihat karakter baru yang akan diperkenalkan Star Wars,” katanya.

Seorang lagi peminat, Azwar, 40, berkata dia tidak sabar untuk mengetahui sambungan yang bakal terjadi pada watak Luke dan Han Solo yang menjadi tarikan utama dalam filem tersebut.

Sejak sebulan yang lalu, beberapa pusat membeli belas sudah mula membuat promosi dan pameran yang berkaitan dengan filem Star Wars.

Ternyata, bahang filem terbaharu itu sangat dinantikan bukan sahaja peminat setia mereka, tetapi juga penggemar filem yang lain. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain