Dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, sekumpulan anggota Parti Republikan dan Demokrat di Dewan Perwakilan mendesak langkah sewajarnya diambil ke atas tentera Myanmar dan pelbagai pihak lain yang mencabuli hak asasi manusia yang menyaksikan lebih 500,000 etnik Rohingya Islam melarikan diri ke Bangladesh.

“Pihak berkuasa Myanmar nampaknya menafikan apa yang berlaku. Jadi kami gesa anda untuk melakukan apa yang perlu untuk memberikan perlindungan dan keselamatan kepada mereka yang terperangkap di dalam Myanmar atau mahu kembali serta menentang pengusiran secara paksa dari negara jiran,” kata surat itu. - REUTERS