Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemimpin perlu jadi contoh perpaduan

Rais YATIM (tengah) dan Zaleha Kamarudin (tiga dari kanan) memegang
RAIS YATIM (tengah) dan Zaleha Kamarudin (tiga dari kanan) memegang logo Malaysia#QuranHour selepas merasmikan sambutan Semarak Kemerdekaan UIAM di Gombak, semalam. Utusan/Zakaria Idris

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pemimpin perlu menja­di con­toh perpaduan dan ke­harmonian kaum kepa­da masyarakat agar erti ke­mer­dekaan sebenar dapat dihayati, seterusnya menjadi tunjang kepada kekuatan negara.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, kesatuan yang ditunjukkan selain tidak melupakan jasa pe­mimpin terdahulu sehingga negara berada pada tahap seperti hari ini seharusnya menjadi bi­bit-bibit kekuatan serta kejayaan yang berterusan.

“Ada masanya semua pe­mimpin perlu bersatu dan ada juga masa serta ruang kita berbeza pendapat, jadi dalam konteks merdeka, ia menuntut supaya kita bersatu.

“Selagi pemimpin tidak bersa­tu dalam soal kenegaraan, keagamaan dan kebangsaan, selama itu kita tidak mencapai erti kemerdekaan yang sebenar,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Semarak Kemerdekaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kama­rudin dan kira-kira 1,000 warga universiti tersebut.

Mengulas lanjut Rais yang juga Presiden UIAM berkata, masyarakat perlu menjadikan Rukun Negara sebagai piagam yang harus diamalkan dalam perjuangan masa hadapan kerana prinsip tersebut akan membawa Malaysia muncul sebagai sebuah negara merdeka.

Tambah beliau, idea dan pemi­kiran masyarakat juga perlu digunakan dalam merealisasikan kemerdekaan dan bukannya me­ngambil nilai-nilai dari luar yang tidak selari dengan perjuangan negara ini.

“Ramai antara kita masih men­jadikan idea dan ilmu pihak luar lebih baik berbanding ilmu dan kebijaksanaan masyarakat sendiri. Perkara seperti itu perlu diubah demi mencapai jiwa dan bangsa merdeka,” jelasnya.

AMIRUL AFIQ MASTOR/PIX / smz

GOMBAK 29 Ogos - Pemimpin perlu menjadi contoh perpaduan dan keharmonian kaum kepada masyarakat agar erti kemerdekaan sebenar dapat dihayati, seterusnya menjadi tunjang kepada kekuatan negara.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, kesatuan yang ditunjukkan selain tidak melupakan jasa pemimpin terdahulu sehingga negara berada pada tahap seperti hari ini seharusnya menjadi bibit-bibit kekuatan serta kejayaan yang berterusan.

“Ada masanya semua pemimpin perlu bersatu dan ada juga masa serta ruang kita berbeza pendapat, jadi dalam konteks merdeka, ia menuntut supaya kita bersatu di antara satu sama lain.

“Selagi pemimpin tidak bersatu dalam soal kenegaraan, keagamaan dan kebangsaan, selama itu kita tidak mencapai erti kemerdekaan yang sebenar,” katanya selepas menghadiri majlis Sambutan Semarak Kemerdekaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Yang turut hadir Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin dan kira-kira 1,000 warga universiti tersebut.

Mengulas lanjut Rais yang juga Presiden UIAM berkata, masyarakat perlu menjadikan Rukun Negara sebagai piagam yang harus diamalkan dalam perjuangan masa hadapan kerana prinsip tersebut akan membawa Malaysia muncul sebagai sebuah negara merdeka.

Tambah beliau, idea dan pemikiran masyarakat juga perlu digunakan dalam merealisasikan kemerdekaan dan bukannya mengambil nilai-nilai dari luar yang tidak selari dengan perjuangan negara ini.

“Ramai di antara kita masih menjadikan idea dan ilmu pihak luar lebih baik berbanding ilmu dan kebijaksanaan masyarakat kita sendiri. Perkara seperti itu perlu diubah demi mencapai jiwa dan bangsa merdeka,” jelasnya.

habis..

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain