Demikian diluahkan Mohammad Rosmawar, 30 , apabila ditanya haiwan comel berusia dua minggu yang dipeliharanya itu ditemukan dalam bercerai badan dan kaki di hadapan rumahnya kira-kira pukul 8 pagi, Isnin lalu.

Katanya, dia amat terkejut apabila mendapati bangkai anak kucingnya dalam keadaan sedemikian namun tidak tahu pihak mana yang melakukan perbuatan tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan haiwan itu dibunuh di tempat lain sebelum diletakkan di atas alas kaki pintu hadapan rumahnya.

"Sayu hati saya melihat keadaan anak kucing diperlakukan sedemikian rupa. Kami sekeluarga amat sayangkan anak kucing itu yang mempunyai mata berwarna biru.

Tambah Mohammad, dia yang menyewa di kawasan itu sejak setahun lalu memberitahu tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa apatah lagi mencampuri urusan orang lain termasuklah jiran- jiran di kawasan sekitar.

Katanya lagi, anak kucingnya pernah hilang dari sangkar dua hari sebelum kejadian itu tetapi berjaya ditemukan di atas sarang semut api yang terletak kawasan semak berhampiran rumahnya.

"Masa itu, habis seluruh badan anak kucing saya dihurung dan digigit semut api sebelum saya buang dan bersihkan. Tak sangka kali ini anak kucing saya dikerat-kerat begini."

"Saya harap pelaku yang membuat aniaya pada kucing saya itu sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu adalah kejam," ujarnya yang telah menghantar tiga ekor lagi anak kucing ke rumah ibunya yang tinggal berhampiran. - UTUSAN ONLINE