Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahaya berkata, fokus tersebut penting bagi mengenal pasti masalah dan menyatukan golongan mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai cabaran.

Beliau menambah, penganjuran konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan itu dapat membincangkan secara keseluruhan agenda orang Melayu serta umat Islam di negara ini.

“Kita mahu semua pihak tanpa mengira latar belakang politik dan ideologi datang pada konvensyen ini dan memberi penyampaian secara telus demi matlamat umat Islam dan orang Melayu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Konvensyen sehari itu bakal berlangsung di Pusat Islam Kuala Lumpur bagi membincangkan enam bidang kritikal iaitu perundangan, pendidikan, ekonomi, dakwah, politik dan sosial. - UTUSAN ONLINE