Hari ini, hadiah wang tunai RM1,000 bagi tempat pertama hingga ke-10 dan RM500 pemenang ke-11 hingga ke-20, selain kemeja T untuk 100 pemenang saguhati kedua-dua siri A dan B dipilih oleh juri.

Barisan juri daripada pengurusan Kumpulan Utusan itu ialah Penolong Ketua Pengarang, Datuk Mohd. Hassan Mohd. Noor; Pengarang Berita Kanan, Mohd. Ridzwan Md. Iman; Pengurus Besar Jabatan Pemasaran/Pengedaran, Rosman Zulkifli; Pengurus Pengurusan Jenama, Hazura Ahmad Halil dan Ketua Visualiser, Lailatul Akuam Mat.

Sementara itu, Rosman berkata, jumlah penyertaan dijangka semakin bertambah sehingga 5,000 pada kemuncak peraduan Bonanza Edisi Kedua berikutan tawaran hadiah menarik terma­suk hadiah utama sebuah kereta, telefon bimbit serta barangan elektrik.

‘‘Selain daripada menguar-uarkan peraduan #UMenangsakan di media sosial seperti Facebook, pihak pemasaran turut meletakkan 10,000 poster di 7,000 tempat dominan menjual akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia di seluruh negara.

“Ini juga sebahagian daripada usaha menggalakkan pembaca setia akhbar untuk menyertai peraduan ini, lebih-lebih lagi golongan muda,” katanya di sini, hari ini.

Rosman menambah, pembaca masih lagi boleh mengambil bahagian dalam Edisi Kedua siri C serta Bonanza yang akan ditutup pada 14 Oktober ini.

‘‘Langkahnya mudah sahaja, pembaca hanya perlu membaca sepenuhnya maklumat serta syarat peraduan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan melengkapkan ­e-borang secara dalam talian menerusi laman sosial Facebook Pengurusan Jenama Utusan/Kos­mo! dan Utusan Online.

“Selain e-borang, peserta juga boleh mendapatkan borang penyertaan menerusi iklan yang disiarkan dalam akhbar. Mereka seterusnya perlu menghantar­nya bersama keratan kepala akhbar (masthead) berserta tarikh mengikut kategori peraduan ke alamat yang tertera,’’ katanya.

Borang tersebut perlu dilampirkan dengan 20 keratan kepala akhbar bagi pe­raduan bulanan manakala peraduan Bonanza pula sebanyak 70 keratan kepala akhbar.