Siapakah yang bakal memandu pulang kereta Proton Iriz sebagai hadiah utama yang ditawarkan dalam peraduan tersebut? Begitu juga pemenang bagi pelbagai hadiah lumayan yang lain.

Pemenang peraduan merupakan mereka yang berjaya menghasilkan objek dan replika dalam pelbagai saiz, bentuk dan konsep yang berasaskan penggunaan 70 keratan kepala akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Penjurian yang diadakan baru-baru ini berjaya memilih para pemenang walaupun menghadapi kesukaran ekoran para peserta memberikan saingan yang se­ngit bagi memastikan penyertaan mereka layak diberikan ganjaran.

Tanpa menyebut kedudukan sebenar kemenangan mereka, berikut senarai nama 32 pemenang teratas yang dikehendaki hadir bagi menerima hadiah ma­sing-masing.