Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemenang bulanan Edisi A siri B #UMenangsakan dipilih

ABD WAHID IDRIS (tiga dari kiri) bersama Eksekutif Kanan Pemasaran Utusan, Rusnan Idrus (dua dari ka
ABD WAHID IDRIS (tiga dari kiri) bersama Eksekutif Kanan Pemasaran Utusan, Rusnan Idrus (dua dari kanan) serta panel juri ketika sesi penjurian Peraduan #UMenangsakan Edisi 1 Siri B di Ibu pejabat Utusan Melayu, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 20 April – Kese­mua pemenang bulanan Edisi A siri B peraduan #UMenangsakan bermula 1 Februari lalu telah dipi­lih dalam satu sesi penjurian hari ini.

Kehangatan peraduan itu juga kian terasa apabila kira-kira 3,000 penyertaan Edisi A siri B diterima daripada pembaca setia dua akhbar Kumpulan Utusan iaitu Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Pengurus Kanan Kewangan Kumpulan Utusan, Abd. Wahid Idris berkata, jumlah penyertaan dijangka meningkat sehingga ke siri C dengan peraduan bonanza menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah kereta.

“Penyertaan peraduan bonanza yang menjadi kemuncak per­tandingan ini dijangka mene­rima sehingga 5,000 penyer­taan dengan hadiah keseluruhan ber­nilai RM555,000 termasuk sebuah kereta, barangan elektrik, jam tangan berjenama, telefon pintar dan t-shirt eksklusif pera­duan.

“Peraduan bulanan pula menawarkan hadiah RM1,000 bagi tempat pertama hingga ke-10 dan RM500 bagi pemenang tempat ke-11 hingga ke-20 selain kemeja T bagi 100 pemenang saguhati ,” katanya selepas sesi penjurian peraduan #UMenangsakan di sini hari ini.

Sementara itu, Abd. Wahid berkata, peraduan ini dianjurkan untuk menghargai sokongan semua pembaca setia Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sekali gus meletakkan Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar arus perdana yang berpengaruh.

Pembaca hanya perlu membaca sepenuhnya maklumat serta syarat peraduan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia dan melengkapkan ­e-borang secara dalam talian menerusi laman sosial Facebook Pe­ngurusan Jenama Utusan/Kos­mo! dan Utusan Online seterusnya mencetak borang yang telah dilengkapkan dan menghantarnya bersama keratan kepala akhbar (masthead) berserta tarikh mengikut kategori peraduan ke alamat yang tertera.

Borang perlu dilampirkan dengan 20 keratan kepala akhbar bagi pe­raduan bulanan manakala peraduan bonanza (70 keratan kepala akhbar) dan dihantar ke alamat Peraduan #UMenangsakan di Utusan Mela­yu (M) Berhad No.44, Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

Pembaca juga boleh menghantar lebih 20 keratan atau 70 keratan kepala akhbar dalam tarikh yang sama.

Peraduan berlangsung selama empat bulan sehingga Oktober ini dan tidak mengehadkan pe­nyer­taan dalam semua siri dan edisi.

Cabutan pemenang dilakukan selepas tarikh tutup setiap bulan bagi peraduan bulanan manakala peraduan bonanza adalah setiap tiga bulan dan senarai pemenang disiarkan dalam Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia serta laman sosial Facebook.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain