Mohd. Yussof

Presidennya, Tan Sri Mohd. Yussof La­tiff berkata, ini kerana tiada jaminan kukuh daripada mana-mana pihak penduduk kampung berkenaan dapat kembali semula ke kawasan itu selepas projek di situ dibangunkan.

Menurut beliau, keadaan itu akan menjadi lebih nyata sekira­nya pemilik tanah berkenaan men­jual tanah tersebut kepada pihak ketiga dengan tawaran harga tinggi sebaik sahaja penduduk meninggalkan kampung itu.

Malah, beliau juga sangsi de­ngan tempoh tiga bulan yang diberikan untuk penduduk me­ngosongkan rumah mereka yang disifatkan terlalu singkat selain per­­­janjian rumah transit di Tanjung Tokong di sini yang tidak jelas.

“Sebab itu kita merasakan adalah le­bih baik sekiranya Ke­rajaan Pusat dan Ke­rajaan DAP Pulau Pinang campur tangan dalam kemelut Kampung Mutiara ini dan menyelamatkan penduduknya serta kampung warisan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yussof, Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh menyelamatkan kampung itu dengan memperuntukkan akta khusus supaya kampung-kampung warisan tidak diganti de­ngan projek komersial.

Selain itu, ujar beliau, Kerajaan Pusat pula boleh menimbangkan membeli semula tanah tersebut daripada pemilik asalnya dan membangunkan semula dengan memastikan penduduk asalnya dapat kekal di kampung tersebut.

“Mungkin syarikat milik kerajaan (GLC) dapat membeli semula kampung itu sekiranya Kerajaan DAP Pulau Pinang berasakan terbeban untuk berbuat demikian kerana pada akhirnya kita mahu menyelamatkan penduduk dan kampung warisan berkenaan,” katanya.