Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, walaupun me­miliki saham terbesar dalam Utusan, parti itu tidak terlibat dalam urusan editorial dan pe­ngurusan.

Katanya, Utusan perlu dise­lamatkan kerana ia antara akhbar tertua, banyak berjasa kepada masyarakat selain me­rupakan akhbar terbaik.

Bercakap kepada pembe­rita selepas menghadiri majlis pelancaran buku The End of UMNO? di Bangunan Sulaiman di sini, hari ini, beliau berkata: “Pengarang Utusan tidak semestinya mengikut kehendak parti jika diberi kebebasan.”

Katanya, akhbar itu boleh bebas menulis berita yang boleh dilanggani orang ramai.