WAN SUKAIRI
WAN SUKAIRI

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah ketika mengumumkan keputusan itu berkata, sebahagian besar daripada 100,995 orang telah menerima bayaran itu setakat 9 Mei lalu.

Beliau memberitahu, berdasarkan rekod, sebanyak 117,284 orang remaja di seluruh Terengganu layak menerima dana tersebut.

"Dana ini telah diagihkan sebelum PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) oleh kerajaan terdahulu dan daripada jumlah itu, seramai 100,995 orang telah menebus dana itu hingga 9 Mei lalu manakala baki seramai 16,289 orang masih belum tuntut baucer tunai.

"Justeru itu, setelah diteliti kami telah membuat keputusan dalam Mesyuarat Exco sebentar tadi untuk meneruskan Dana Bakti Remaja ini kepada mereka (16,289 orang) yang masih belum tebus dan proses agihan dibuat dalam kadar segera," jelasnya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita sejurus selesai mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah.

Wan Sukairi berkata, proses bayaran selanjutnya akan diuruskan oleh pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing melibatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT). - UTUSAN ONLINE