Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara itu akan dibentangkan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada mesyuarat tersebut.

Menurut Mustapa, Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet yang bermesyuarat buat pertama kali hari ini telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat secara berkala pada setiap bulan.

“Mesyuarat seterusnya dijadualkan pada 26 Februari depan dengan pembentangan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengenai kedudukan terkini ekonomi dan kewangan negara,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE