Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu diambil selepas pihaknya mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara berhubung beberapa isu perundangan yang perlu diselesaikan dahulu.

“Kementerian mengambil berat pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan mengambil keputusan untuk mendapatkan pandangan daripada jemaah menteri. 

“Oleh itu, demi memastikan keutuhan Kertas Putih Felda, jemaah menteri bersetuju agar pembentangan tersebut ditangguhkan ke sidang Parlimen Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Parlimen Ke-14 (2019),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, pihak kementerian bekerjasama rapat dengan Felda dalam menyediakan Kertas Putih tersebut bagi mendapatkan gambaran mendalam tentang kemelut yang menyelubungi agensi itu. 

Menurutnya, gambaran yang jelas akan dapat membantu pihak kementerian dan pengurusan baharu Felda dalam merangka pelan pemulihan serta hala tuju Felda yang lestari dan mampan. -UTUSAN ONLINE