Yang Dipertuanya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, kenaikan itu amat wajar dipertimbangkan kerana tiada sebarang kenaikan harga tiket dibuat sejak 11 tahun lalu.

Beliau berkata, pengusaha bas ekspres kini terpaksa menanggung bebanan yang berat daripada pelbagai aspek termasuk kenaikan kos gaji minimum pekerja sebanyak RM1,100.

"Sebanyak 15 pengusaha bas yang bernaung di bawah persatuan menanggung beban berkenaan selain perlu juga menaik taraf perkhidmatan bas dan penyelenggaraan kenderaan.

"Kami amat berharap tiket bas dapat dinaikkan dalam kadar segera memandangkan pengusaha menanggung pelbagai kos yang tinggi," katanya ketika ditemui selepas pelancaran majlis Penghayatan Wawasan Mutiara 2019 di Hotel Perdana, di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 158 ejen tiket dan pemandu diraikan sebagai tanda penghargaan. - UTUSAN ONLINE