Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, langkah itu perlu dilakukan selepas kes penderaan pembantu rumah warga Indonesia sehingga melibatkan kematian berlaku baru-baru ini.

"Kita tidak mahu insiden pembantu rumah warga Indonesia yang didera sehingga mati oleh majikannya baru-baru ini berulang pada masa akan datang.

"Kes penderaan pembantu rumah ini merupakan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan melanggar norma-norma manusia serta tidak beretika oleh pihak majikan," katanya.

Menurut Rohani, suspek yang melakukan perbuatan dera itu perlu dikenakan hukuman berat sekaligus memberi amaran kepada majikan di luar sana supaya melayan pembantu rumah dengan baik. - UTUSAN ONLINE