Menurut beliau, kerajaan terdahulu telah memungut jumlah yang lebih berbanding jumlah yang perlu dibayar oleh rakyat.

“GST, Akta Anti Berita Tidak Benar serta Akta Majlis Keselamatan dan beberapa lagi undang-undang akan distruktur semula,” katanya.

Dalam pada itu, ujar beliau, penubuhan Kabinet pertama yang terdiri daripada 10 Menteri dijangka dapat diumumkan dalam tempoh minggu ini.

Katanya, beliau barisan penuh Kabinet pentadbiran adalah 25 orang namun baki kekosongan akan diisi peringkat demi peringkat. - UTUSAN ONLINE