Ketibaan baginda pada pukul 1 petang disambut Mohd. Sharkar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Yang berangkat sama Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Yang turut hadir memeriahkan majlis pasangan mempelai Dr. Ahmad Fawwaz Mohd. Sharkar dan Dr. Laila Che Razali itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Kira-kira 10,000 jemputan menghadiri majlis perkahwinan itu termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri serta Pusat. - UTUSAN ONLINE