Pengarahnya, Mohd Asri Mohd. Asri Mohd. Rasid berkata, sehingga kini hanya enam sahaja iaitu tiga pemandu teksi di Kangar dan tiga lagi di Padang Besar yang mendaftar.

"Skim ini diperkenalkan khusus untuk pemandu teksi atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya yang termasuk di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017," katanya selepas program Seminar Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat Negeri Perlis 2017 di Dewan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dirasmikan oleh Senator Abdul Shukor Mohd. Sutan di sini hari ini.

Mohd. Asri berkata, seminar ini diadakan bukan sahaja memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada pemimpin masyarakat seperti penghulu, ketua kampung malah juga pemandu teksi, kereta sewa serta pelancongan supaya memahami perkhidmatan Perkeso.

Sehubungan itu, katanya, pemandu teksi, kereta sewa dan pelancongan yang masih belum mendaftar supaya segera menghubungi pejabat Perkeso Perlis di No:7, Jalan Hospital, Kangar atau menghubungi `hotline' Perkeso Perlis 04-9767100. - UTUSAN ONLINE