Sehubungan itu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan meminta semua pihak untuk menyumbang maklum balas mengenai hutang pinjaman yang tinggi dan kian bertambah, serta memberi kesan kepada negara sehingga pukul 11.59 malam esok.

Katanya, PTPTN sangat mengalu-alukan rakyat berkongsi pendapat bagi menyelesaikan isu pinjaman itu serta usaha memastikan peminjam tidak terlalu dibebani melalui skim bayaran balik pinjaman yang lebih berpatutan.

“Rakyat mempunyai peranan dalam membantu Kabinet membuat keputusan mengenai skim bayaran balik yang lebih mampu tanpa menghalang akses pelajar untuk mendapatkan pinjaman pada masa depan.

“Selain itu, usaha ini juga tidak mengancam kelangsungan PTPTN dalam memenuhi kepentingan generasi akan datang, atau menyebabkan kekangan terhadap kewangan nasional,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk rekod, sehingga Isnin lalu, sebanyak 24,918 maklum balas telah diterima daripada 239,335 pengunjung portal rasmi tersebut.

Rakyat boleh mengemukakan maklum balas mereka menerusi portal rasmi PTPTN, https://www.ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat. - UTUSAN ONLINE

Fauzi Suhaimi

KUALA LUMPUR - Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) yang mengandungi dua bahagian iaitu dasar-dasar dan fakta terkini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan berakhir esok.

Sehubungan itu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan meminta semua pihak untuk menyumbang maklum balas mengenai hutang pinjaman yang tinggi dan kian bertambah, yang memberi kesan kepada negara sehingga pukul 11.59 malam esok.

Katanya, PTPTN sangat mengalu-alukan rakyat untuk berkongsi pendapat bagi menyelesaikan isu pinjaman itu serta usaha memastikan peminjam tidak terlalu dibebani melalui skim bayaran balik pinjaman yang lebih berpatutan.