SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, pelepasan pembekuan akaun tersebut adalah disebabkan ia tiada kaitan dengan siasatan SRC International Sdn. Bhd. dan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ujar kenyataan itu, terdapat akaun-akaun bank lain milik bekas Perdana Menteri itu dikatakan terlibat dengan siasatan terbabit tidak dibekukan kerana akaun-akaun tersebut telah ditutup sebelum siasatan dilakukan pada Julai 2015.

“Ini bermakna, pembekuan akaun bank Ahli Parlimen Pekan berkaitan isu SRC International Sdn. Bhd. dan dana RM2.6 bilion ketika itu tidak dapat dilakukan kerana akaun berkenaan telah ditutup lebih awal sebelum siasatan dimulakan.

“Sehingga kini, siasatan berhubung dana RM2.6 bilion masih diteruskan,” katanya. - UTUSAN ONLINE