Aktiviti ini merupakan program Pelepasan Benih Ikan Perairan Umum Sempena Pra Pelancaran Gelombang Nelayan Nasional (GNN) yang dilancarkan serentak di seluruh negara tepat pukul 10 pagi tadi.

Pelepasan ikan air tawar itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Datuk Ali. Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri, Ismail Ibrahim.

Selain itu, usaha Jabatan Perikanan Malaysia ini juga telah membolehkan program ini dicatatkan dalam Malaysia Book of Record (MBOR) bagi kategori pelepasan ikan terbanyak di negara ini. - UTUSAN ONLINE