Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif itu ditawarkan kepada golongan berkenaan bagi memajukan perniagaan termasuk menembusi pasaran antarabangsa.

“Ini merupakan satu insentif yang sangat baik, malah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melalui program Rangkaian Inovasi Pemecutan Global (GAIN) turut menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran kepada syarikat teknologi tempatan yang berpotensi.

“Sebanyak 149 syarikat tempatan berteknologi tinggi telah mendapat manfaat daripada program seperti ini,” katanya semasa sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang meminta kerajaan menyatakan insentif yang diberikan untuk membantu usahawan baharu yang ingin memulakan perniagaan dalam industri ekonomi digital. – UTUSAN ONLINE