Pengerusi Puspanita Cawangan KPM, Datin Seri Nor Azizah Sulaiman berkata, seramai 15,000 ribu peserta wanita dijangka menyertai larian tersebut sebagai tanda sokongan dan penghargaan pelbagai pihak kepada golongan wanita di negara ini.

“Lebih-lebih lagi Tahun 2018 diisytihar sebagai Tahun Memperkasakan Wanita, maka larian ini diadakan bagi memberikan makna yang cukup besar kepada golongan wanita di negara ini.

“Bagi pihak penganjur, saya berharap agar ramai daripada golongan wanita tanpa mengira latar belakang menyertai Larian ini dan saya mahu mereka rasa dihargai dan gembira sepanjang acara ini diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Karnival Puspanita KPM 2018 di sini hari ini.

Nor Azizah berkata, Larian tersebut dibuka untuk jarak 5 kilometer dan 10 kilometer bermula di Anjung Floria, Presint 3, Putrajaya berdekatan dengan tapak karnival.

“Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan pendaftaran larian secara dalam talian, orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook dan Instagram rasmi Karnival PUSPANITA KPM.

“Atau carian #hargaiwanita #wanitaperkasa #puspanitakpm dan #perintisgroup,” katanya. - UTUSAN ONLINE