Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, ia penting bagi mempertahan dan menghentikan tindakan zalim yang dikenakan terhadap golongan tersebut, sekaligus menunjukkan sokongan terhadap mereka.


“Ia bukan sahaja membabitkan masyarakat Rohingya di wilayah Rakhine Myanmar tetapi masyarakat lain seperti di Syria, Afrika dan juga Palestin yang telah dinafikan hak tempat tinggal.


“Oleh itu peranan kita amat penting bukan sahaja terhadap mereka tetapi terhadap negara dalam usaha mengekalkan keamanan yang telah dikecapi sejak sekian lama, “katanya ketika berucap dalam majlis Walk for Peace anjuran Persatuan Wanita Rantau Pasifik dan Asia Tenggara Malaysia (PPSEAWA) di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE