Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob berkata, antara usaha yang boleh dilakukan adalah mempelbagaikan produk pelancongan negeri dan menambah baik kemudahan asas serta penyediaan maklumat lengkap yang konsisten.

Beliau berkata, kejayaan Melaka menarik sebanyak 17.02 juta pelancong sepanjang tahun lalu, melebihi sasaran 17 juta pelancong perlu diteruskan bagi membolehkan hasrat menerima 20 juta pelancong tahun ini akan tercapai.

TUN DR. MOHD. KHALIL YAAKOB (tengah) memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada majlis perasmian Per

TUN DR. MOHD. KHALIL YAAKOB (tengah) memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada majlis perasmian Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Dataran Seri Negeri di Ayer Keroh, Melaka sebentar tadi.  -  UTUSAN ONLINE

"Kecemerlangan negeri Melaka menganjurkan program dan acara bertaraf antarabangsa perlu diteruskan di samping memantapkan jaringan perniagaan dengan para pemain industri pelancongan antarabangsa.

"Promosi kepada pelancong tempatan juga perlu diperhebat memandangkan mereka menyumbang hampir 67 peratus daripada kedatangan pelancong ke negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Seri Negeri di sini sebentar tadi.

Persidangan kali ini akan berlangsung selama empat hari bermula Isnin depan. Yang turut hadir, Ketua Menteri, Adly Zahari, Speaker DUN, Datuk Omar Jaafar serta barisan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melibatkan kerajaan Pakatan Harapan dan pembangkang. - UTUSAN ONLINE