Mohd. Nazmi Ahmad Zubaidi, 30, yang dijangkiti bakteria Burkholderia Pseudomallei disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.55 malam.

Perkara itu disahkan oleh adiknya, Mohd Nazrin, 29, ketika dihubungi oleh Utusan Online hari ini.

Mohd. Nazrin berkata, jenazah abangnya itu akan dibawa pulang ke Malaysia dan dijangka mengambil masa sehari untuk selesaikan segala urusan.

"Kami sedang dalam proses membawa pulang jenazah abang untuk dikebumikan di Kampung Seri Muda di sini," katanya. - UTUSAN ONLINE