Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelancong asing ceriakan majlis Aidilfitri di Dataran Merdeka

Uzaidi Udanis beramah mesra dengan beberapa pelancong dalam acara
Uzaidi Udanis beramah mesra dengan beberapa pelancong dalam acara MTC Hari Raya Greets The Tourist di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 3 Julai – Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) serta beberapa persatuan pe­lanco­ngan di bawah naungan MTC buat julung-julung kalinya menganjurkan acara ‘MTC Hari Raya Greets The Tourist’ di Da­taran Merdeka di sini pada Ahad lalu.

Presiden MTC, Uzaidi Udanis berkata, program tersebut bertujuan meraikan pelancong antarabangsa terutamanya dari China yang melawat Kuala Lumpur sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

“Semakin ramai pelancong antarabangsa melawat Kuala Lumpur pada musim perayaan dan sehubungan itu MTC me­ngambil inisiatif menganjurkan pelbagai program untuk memberi pengalaman unik kepada mereka dan merasai kemeriahan Aidilfitri.

“Dalam program ini, MTC juga mengagihkan biskut dan duit raya kepada pelancong, selain me­lakukan demonstrasi memasak serta mengacau dodol,” katanya dalam kenya­taan, di sini hari ini.

Selain itu, tambah Uzaidi, pelancong juga berpeluang merakam gambar kenangan bersama semua Exco MTC yang memakai baju tradisional.

Jelas beliau, percutian semasa musim festival menjadi faktor tarikan kepada pelancong antarabangsa untuk melawat Malaysia.

“Malaysia menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong, terutamanya ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

“Dengan adanya aktiviti sambutan Aidilfitri dan [email protected] ketika bulan Ramadan, MTC berharap lebih ramai pelancong akan melawat Malaysia terutamanya Kuala Lumpur,” ujarnya.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Dewan Ban­daraya Kuala Lumpur (DBKL), KL Tourism, KL Arch Gallery, Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) dan Super Coffee.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain