Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Syahrunizam Samsudin berkata, pihaknya sebelum ini telah melancarkan fasa percubaan RFID pada 8 Ogos lalu dan menyaksikan sambutan positif dalam kalangan pengguna.

Katanya, pendaftaran bagi fasa percubaan telah ditutup dan pendaftaran akan dibuka semula selepas ia dilancarkan secara rasmi pada tahun hadapan.

“Buat masa ini, kami sedang mengumpul pelbagai maklum balas daripada pengguna yang telah mendaftar pada fasa percubaan untuk menambah baik ciri-ciri RFID,” katanya kepada pemberita sempena Hari Media RFID di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE