Pengurus Operasi Tiram Tra­vel, Rohaidah Khamis berkata, harga berkenaan bermula dari RM5,390 seorang berbanding harga pasaran RM 5,990 seorang.

“Bagi pakej ini kelonggaran istimewa diberikan kepada jemaah yang mendaftar iaitu tempahan boleh dibuat dengan bayaran deposit RM500 serta mendapat pulangan semula sekiranya menarik diri empat bulan dari tarikh penerbangan.

“Semua jemaah berpeluang menginap di hotel yang dekat dan selesa di Mekah dan Madinah pada harga murah. Tiram Travel masih mengekalkan penginapan di Safwah Tower di Mekah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, jemaah umrah tidak bimbang untuk menjalani ibadah ke Masjidilharam kerana hotel yang disediakan hanya jarak 50 meter selain menikmati hidangan bercirikan menu Asia.

Tambahnya, di Madinah, syarikat itu juga turut menyediakan hotel berdekatan de­ngan Masjid Nabawi pada jarak 150 meter.

Bagi memenuhi permintaan jemaah wanita pula katanya, syarikat akan memperkenalkan pakej dua mutawif untuk satu kumpulan dengan 45 jemaah untuk tarikh terpilih setiap bulan bermula Oktober, November dan Disember 2019.

Mutawif kedua katanya, adalah wanita khas bagi membantu jemaaah wanita di Raudah, Madinah dan memenuhi keperluan lain.

Jemaah boleh membuat pertanyaan lanjut dan tempahan di Ibu pejabat Tiram Travel atau di 27 cawangan berhampiran kerana semua cawangan mempunyai sistem tempahan dalam talian.

Selain itu, promosi tersebut juga akan membolehkan jemaah membuat perancangan awal untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.