Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya tidak mengetahui sebab perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif tersebut dan akan menunggu laporan daripada MAB berhubung perkara berkenaan.

“Kami belum tahu siapa yang akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif baharu, akan tetapi penggantinya akan tetap meneruskan transformasi Malaysia Airlines,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia di sini hari ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE