Pengurus Industri Teknologi dan Komunikasi Google Malaysia, Jamie Mapa berkata, proses tersebut merupakan titik permulaan sebelum bakal pembeli melakukan pencarian lanjut di laman web pembekal perkhidmatan dan pelbagai saluran media sosial.

Katanya, video dalam talian seperti YouTube menjadi platform berguna kerana dapat menambah kredibiliti sesuatu jenama produk itu.

“81 peratus responden mempercayai iklan yang dipaparkan. Selain itu, 57 peratus responden akan membaca ulasan pengguna sedia ada sebelum membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil kajian Bagaimana Rakyat Malaysia Memilih Pelan Mudah Alih di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE