Pelan induk itu dilancarkan sempena Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (ICLLIE) 2017 kali pertama selama dua hari anjuran Kementeran Pendidikan Tinggi, USIM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Open University Malaysia dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. 


Pelan induk tersebut merupakan satu inisiatif yang menawarkan latihan kemahiran bersama pendidikan agama kepada para pelajar tahfiz dan pondok serta kesinambungan pendidikan Islam berterusan kepada setiap lapisan masyarakat.


Ia dijangka memenuhi dua matlamat iaitu memperkasa sistem pendidikan tahfiz dan pondok melalui integrasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan keusahawanan.


Kedua, membuka peluang yang lebih luas kepada masyarakat untuk mendalami ilmu agama melalui program yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi. 


Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik/Kolej Komuniti, Prof. Datuk Dr. Mohd Ismail Abdul Aziz; Naib Canselor USIM, Pof. Datuk Dr. Musa Ahmad; Reaktor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin dan Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata), Manolito Mohd. Dahlan. - UTUSAN ONLINE