Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, beliau melihat dari segi aduan secara keseluruhannya yang diterima setakat ini di seluruh negara cuma mendapat jumlah aduan yang terlampau kecil.

“Kita ada 2,200 orang yang bertugas di seluruh Malaysia, jadi kalau nak melawat keseluruhannya mungkin tidak boleh dibuatlah tetapi kita dah ada tempat-tempat yang kita buat pemeriksaan awal untuk memastikan harga tidak dinaikkan terlebih dahulu.

“Saya yakin dengan arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan ini yang menyatakan GST kadar sifar peratus itu telahpun dilaksanakan dan didapati setakat ni keadaan stabil dan tiada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam tinjauannya ke beberapa premis perniagaan di kawasan Tanjung Kling, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka, Jaiya Abu. - UTUSAN ONLINE