Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelaksanaan ETC di LPT1, 2

Noor Azmi Ghazali (kiri) menambah nilai bayaran tol di kiosk mesin automatik sebagai Pelancaran Pela
Noor Azmi Ghazali (kiri) menambah nilai bayaran tol di kiosk mesin automatik sebagai Pelancaran Pelaksanaan Kutipan Tol Elektronik Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1 ) dan LPT2 di kawasan Rehat dan Rawat Temerloh (Timur), semalam. – Bernama

TEMERLOH 14 Julai - Pelaksanaan kutipan tol secara elektronik (ETC) di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dan LPT2 bermula 14 Ogos ini menjadi penanda aras baharu kepada sistem kutipan tol di lebuh raya negara ini, sekali gus mengurangkan kesesakan la­lu lintas.

Pelaksanaan ETC di LPT1 dan LPT2 menjadikan kesemua lebuh raya di negara ini melaksanakan sistem pembayaran elektronik.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, pelaksana­an ETC di kedua-dua lebuh raya berkenaan melibatkan 19 lagi plaza tol, yang menjadikan keseluruhan 177 plaza tol di seluruh negara menggunakan sistem tersebut.

“Penggunaan sistem ini pen­ting kerana berdasarkan kajian di 87 plaza tol yang menggunakan ETC, didapati dapat mengurangkan sehingga 20 peratus kadar kesesakan lalu lintas,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Pe­lak­sanaan Kutipan Tol Secara Elektronik Sepenuhnya bagi LPT1 dan LPT2 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pe­ngarah LLM, Datuk Ir. Ismail Md. Salleh; Pengarah Eksekutif Anih Berhad (Anih), Datuk Nik Fauzi Nik Hussein dan Pengurus Besar LPT2 Sdn. Bhd., Husni Yusof.

Menurut Noor Azmi, menerusi pelaksanaan sistem berkenaan, pengguna lebuh raya hanya boleh menggunakan kad Touch ‘n Go atau SmartTag untuk melakukan transaksi bayaran tol.

Kata beliau, penggunaan ETC memendekkan masa pembayaran tunai yang memakan masa 15 saat bagi satu transaksi berban­ding penggunaan Touch ‘n Go de­ngan masa purata enam saat atau SmartTag yang mengambil masa tiga saat sahaja.

“Bagi melancarkan operasi di semua plaza tol, konsesi lebuh raya terbabit akan memastikan kemudahan lorong tambah nilai dan penjualan kad Touch ‘n Go di lorong beroperasi 24 jam serta terdapat kakitangan bagi membantu sebarang masalah,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, penggunaan ETC di LPT1 dan LPT2 yang bermula bulan depan tidak menyebabkan pemberhentian pekerja.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain