Berita kematian pelakon veteran itu dimaklumkan oleh Persatuan Seniman Malaysia menerusi laman Facebook mereka.

Allahyarham Zakaria menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Fatimah Ali, 65, dan empat orang anak kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Taman Permata, Hulu Klang, hari ini.

Era kegemilangan Zakaria bermula ketika beliau banyak mendapat peluang berlakon watak jahat dalam Drama Minggu Ini siaran TV RTM pada awal tahun 1970-an.

Selanjutnya beliau yang juga bekas kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut mendapat banyak peluang berlakon dalam filem dan drama swasta tempatan.