Ahuja dibenarkan ikat jamin pada Oktober 2009 dan diarahkan mahkamah meninggalkan Mumbai, tiga bulan selepas dia ditahan atas tuduhan merogol, jenayah ugutan dan pengurungan orang gajinya yang kini berusia 20 tahun.

Pelakon itu pernah memenangi anugerah pelakon baru terbaik pada tahun 2003 dalam filem Hazaaron Khwaishein Aisi. Dia mengaku tidak bersalah sepanjang perbicaraan.

Lebih 18 bulan antara penahanannya dan hukuman, Ahuja ada terlibat dengan beberapa buah filem. - Reuters