Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelajar UiTM, UKM boleh cuti setahun

Idris Jusoh (lima dari kanan) bergambar bersama wakil universiti ketika Perasmian Sidang Kemuncak Pe
IDRIS JUSOH (lima dari kanan) bergambar bersama wakil universiti ketika Perasmian Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia Ke-21 di Kuala Lumpur, semalam. – utusan/Riduan Rizal Ahmad

KUALA LUMPUR 28 Mac – Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipilih sebagai perintis kepada program Gap Year 2017 bermula September ini yang membenarkan para pelajarnya ‘bercuti’ selama setahun daripada pengajian bagi membolehkan mereka bekerja dengan mana-mana agensi kerajaan secara sukarela.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pelajar dari kedua-dua universiti itu akan diberi peluang untuk bekerja dengan empat agensi terpilih iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam tempoh berkenaan.

“Program Gap Year 2017 lebih berkonsepkan perkhidmatan ke­­­­­­­­pada negara yang akan be­kerjasama dengan agensi-agensi keselamatan.

“Dalam tempoh itu, mereka akan diserapkan sebagai kadet polis dan sebagainya,” katanya ketika ditemui dalam Persida­ngan Pendidikan Malaysia Ke-21 di sini, hari ini.

Idris menambah, pelajar yang terpilih akan menjalani latihan selama sebulan sebelum diserap­kan untuk menjalankan tugas sepenuhnya bagi tempoh setahun sebelum menyambung kembali pengajian masing-ma­sing.

Menurutnya, program Gap Year direka untuk mengatasi masalah tidak sepadan antara kualiti graduan dan kehendak majikan memandangkan sistem sedia ada hanya mengukur kemampuan akademik siswazah semata-mata.

“Kita akan memperluaskan program ini ke universiti-universiti awam yang lain dalam masa terdekat,” ujarnya.

Sebelum ini, Idris mengumumkan lapan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah dipilih bagi mengikuti program Gap Year dalam usaha kerajaan memberi peluang kepada mahasiswa menimba pengalaman dan melaksanakan kerja sukarelawan di agensi-agensi awam.

Selain UiTM dan UKM, antara IPTA lain yang terpilih ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Tun Hussein Onn.

Program tersebut melibatkan penuntut tahun dua atau tiga dan mereka boleh memohon tanpa mengira jurusan yang diambil.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain