Mangsa, Kasih Diya Qistina Affendi, 14, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Manakala rakannya, Nik Nur Adila Sefia Nik Mohamad, 12, cedera parah apabila patah kaki kiri dan cedera di bahagian tangan.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Rajab Ahad Ismail berkata, kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh Kasih Diya Affendi secara tiba-tiba melintas ke sebelah kanan.

"Ketika kejadian itu, kenderaan jenis Proton Persona yang datang dari arah Kuala Krai tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal terbabit.

"Pemandu Proton Persona, Muhd. Firdaus Zulkifli, 29, dan bersama isterinya yang duduk di tempat duduk penumpang, Siti Nurul Asikin Kamaludin, 29, serta anaknya, Muhammad Faeeq Amnan, 3, hanya cedera ringan.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan jenazahnya telah dituntut oleh ahli keluarga untuk dikebumikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. - UTUSAN ONLINE