Malah Muhammad Iqbal Shah Zakaria, 29, mahasiswa tahun tiga Ijazah Kejurutera­an Reka Bentuk Produk sedia mengorbankan pengajiannya jika pe­nyakit adiknya, Muhammad Ikhwan Shah, 28, ber­panjangan.

Menurut Muhammad Iqbal Shah, dia nekad memohon pe­nangguhan pengajiannya memandangkan tiada orang yang menjaga adiknya setelah kematian bapa pada tahun 2009 disusuli emaknya pada 2012, tambahan pula mereka hanya dua beradik.

Katanya, dia masih me­nunggu jawapan setelah me­nge­mukakan permohonan me­­nangguhkan pelajarannya se­lama setahun kepada pihak universiti pada Selasa lalu.

“Sejak adik saya disahkan menghidap kanser kelenjar tahap empat pada Disember, saya menjaganya. Saya tidak sampai hati membiarkan dia tinggal seorang diri di rumah dalam keadaannya yang sedang menderita sakit.

“Saya nak belajar pun tak senang hati lalu saya memutuskan untuk menangguhkan pelajaran malah jika sakitnya berlarutan saya sedia melupakan pelajaran saya demi satu-satu ahli keluarga saya ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Iskandar Bestari, Seri Iskandar dekat sini, hari ini.

Menurut Muhammad Iqbal Shah, akibat penyakit yang ditanggung, adiknya perlukan perhatian sepenuhnya teruta­ma untuk mengambil ubat dan suntikan setiap pagi.

Katanya, lebih membimbangkan adiknya boleh dise­rang rasa mual dan sakit perut pada bila-bila masa akibat rawatan kemoterapi.

“Setiap bulan adik saya per­lu menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Bayaran kemoterapi dan ubat-ubatan kira-kira RM200 setiap kali rawatan,” katanya.

Sementara itu, dua pegawai Yayasan Pelajaran Mara negeri mengunjungi kediaman dua beradik itu hari ini difahamkan bagi membincangkan bantuan yang boleh diberikan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh Muhammad Iqbal Shah dan adiknya.

Orang ramai yang ingin memberi bantuan boleh menyum­bang terus ke akaun Bank Islam 08013023681843 atau menghu­bungi Muhammad Iqbal Shah di talian 019-5065957.