Muhammad Asyrol Mohd. Halizam, 15, diumumkan sebagai olahragawan selepas memecah rekod MSSD bagi acara lompat jauh dan meraih emas untuk lompat kijang.

Manakala, T. Sharwini, 14, dari SMK Aman Jaya bergelar olahragawati selepas turut memecah tiga rekod MSSD bagi acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan daerah, Ommi Kalsom yang turut melancarkan logo baharu MSSD Kuala Muda/Yan.

Sementara itu, SMK Khir Johari muncul sebagai johan keseluruhan dalam kejohanan tersebut.

Pengetua sekolah itu, Idris Osman berkata, atlet-atletnya akan meneruskan latihan dalam beberapa acara memandangkan SMK Khir Johari bakal mewakili daerah Kuala Muda/Yan ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah (MSSK) pada 13 Mac hingga 16 Mac ini di Stadium Darul Aman. - UTUSAN ONLINE