Seramai 47 pendaki berjaya melakar kejayaan  dan ia merupakan rekod paling ramai pendaki Malaysia terutamanya pelajar sekolah yang berjaya menawan gunung tertinggi di Pulau Jawa ini.

Pendakian selama tiga hari dua malam itu disertai ahli kelab SOC, para guru serta pendaki pengiring dari Persatuan Kembara Negara.

Koordinator program, Abu Ubaidah, 31, berkata, cabaran pendakian bermula dari pos satu di Desa Ranupane pada pukul 10.00 pagi 7 Dis yang menyaksikan pendaki diuji dengan pelbagai laluan sukar serta memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menyusur di sepanjang laluan pendakian.

“Selain hujan dan suhu yang dingin mencecah 4 darjah celsius, ada satu masa pendaki berjaya mengharungi cabaran berjalan malam menuju ke puncak melalui laluan pasir jerlus berkecuraman 70 degree untuk menawan puncak ketiga tertinggi Gunung Berapi indonesia dan keempat tertinggi daripada 7 gunung Gunung tertinggi di Indonesia.”

Penasihat Kelab SOC, Cikgu Noraizam bin Sulaiman, 39, bersyukur kerana misi Ekspedisi Gunung Semeru dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Program itu sebuah kejayaan cukup bermakna buat kelab dan SUBEST yang merupakan sekolah angkat kepada Persatuan Kembara Negara. Walaupun SOC baru berusia 3 tahun, pelbagai program outdoor terutamanya aktiviti pergunungan telah berjaya dilakar bukan sahaja dalam Negara malahan bertaraf antarabangsa.

“Jadi, saya bangga dengan mereka kerana berjaya membentuk peribadi yang tahan lasak dan jiwa seorang pemimpin dikalangan mereka.

“Aktiviti gunung dan outdoor yang kami bentuk memberi impak manfaat kepada sekolah dan ibubapa mereka dan masyarakat setempat SUBEST dan boleh dijadikan contoh serta inspirasi kepada sekolah-sekolah yang lain”. - UTUSAN ONLINE